Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya masitahh@gmail.com


Thursday, July 11, 2013

Ingin membeli Jubah ?

Thursday, July 11, 2013
Sila gi FB Jubah Al Haramain Read more!

Tuesday, May 8, 2012

Menjual Jubah Al Haramain

Tuesday, May 8, 2012
Akan sampai tak lama lagi, Akan di paparkan apabila sampai Read more!

Thursday, December 22, 2011

Coming Back

Thursday, December 22, 2011
Coming back & new generation no HIRAQ
Read more!

Thursday, April 7, 2011

Imam Ahmad Dan Pembuat Roti

Thursday, April 7, 2011
Pada suatu malam Imam Ahmad pergi ke masjid untuk bermalam di masjid tetapi penjaga masjid tidak mengizinkannya. Dia pun kata “Aku akan tidur tepat di tempat pijakan tapak kakiku”.

Seorang pembuat roti datang dan kasihan melihatnya dan menawarkan Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Pembuat roti itu menjamunya. Ketika pembuat roti itu menguli roti, dia sentiasa beristighfar membuatkan Imam Ahmad merasa kagum. Esok subuh, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti “Adakah engkau dapat hasil dengan istighfarmu itu?” (dia memang tahu kelebihan istighfar, sekadar bertanya faedah buat lelaki itu). Pembuat roti kata setakat ini semua yang didoanya tercapai kecuali satu iaitu niat untuk berjumpa Imam Ahmad.

Imam Ahmad kata “Akulah Imam Ahmad. Demi Allah aku benar-benar ditarik ke sini untukmu.”



Read more!

Tuesday, April 5, 2011

Sukan

Tuesday, April 5, 2011
Sukan tadika dan KAFA diadakan di BUkit Puchong














Tahniah pada Hazim, Yusrina dan Iffatul.

Read more!

Monday, April 4, 2011

Simpanan Emas Terbesar di Dunia Terletak di Amerika Syarikat.

Monday, April 4, 2011
Sesuai namanya, Federal Reserve Bank of New York letaknya di New York tepatnya di 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Serikat. Bank ini di buka pada tanggal 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya naujubillah yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda karena disinilah terdapat vault ( ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.

Di vault ini diestimasi terdapat 10 % dari cadangan emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD 270 Billion atau setara dengan RM 818 Billion !! Kalau dijual.

Cadangan emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Serikat tetapi sebagian adalah merupakan titipan simpanan dari 36 negara lainnya, yang mempercayakan penyimpanannya di The Fed Bank of New York.
Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam vault tersebut.

Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita.













Credit PPIM
Read more!

Wednesday, March 30, 2011

MEAT GLUE

Wednesday, March 30, 2011
he industry-wide secret butchers don't want you to know about: The special product called Meat Glue sticking your steak together.

Better buy meat from a reliable source. The same applies to everything. It's hard to tell what's real or not nowadays. This is enough for every one to give up meat and chicken.
*PLEASE WATCH.*


SUMBER : http://au.todaytonight.yahoo.com/article/8989315

mashi: Bahaya betullah.......entah-entah daing burger pun macam tu gak kot
Read more!

HARIAN METRO-Kopi campur gelatin babi


OHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi. Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.
Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang. Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan. Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

mashi: Agak2 macam tahu nie kedai mana, naik keretapi lah kot baru tahu..........
Read more!

Wednesday, March 23, 2011

Info Kereta: Kereta Berwarna Pink Adalah Kereta Paling Selamat Di Dunia

Wednesday, March 23, 2011
Satu kajian di Belanda mendapati,


makin popular sesuatu warna kereta makin besar kesempatan kereta itu dicuri. Kajian yang dijalankan oleh University of Tilburg di Belanda mendapati kereta berwarna hitam, biru, perak dan kelabu paling banyak dibeli di Eropah di mana 86% pembeli memilih warna-warna itu. Dan kerana warna-warna itu sangat diminati pembeli, dari segi nisbah kecurian, kereta-kereta bewarna itulah yang paling banyak dicuri.

Kereta yang paling kurang dicuri pula ialah kereta berwarna hijau, kuning, oren, merah, dan pink yang kebetulan cuma dibeli oleh 14% pembeli.

Mengapa pencuri tak meminati kereta bewarna cerah: hijau, kuning, oren, merah dan pink? Ini kerana warna-warna tersebut tak begitu popular di kalangan pembeli kereta, sedang kebanyakan pencuri mau menjual kereta curian mereka kepada pembeli lain. Apa guna mencuri kereta yang sukar dijual?

Dan di antara warna-warna cerah yang tak diminati pencuri itu, pink adalah merupakan warna yang paling selamat kerana hampir tidak ada kes kecurian di Eropah yang melibatkan kereta bewarna pink.

“Pink adalah warna pencegah yang paling sempurna," kata kesimpulan kajian berkenaan.

mashi:Maka denganitu catlah kereta anda dengan colour PINK.....................



Read more!