Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya masitahh@gmail.com


Wednesday, March 23, 2011

Info Kereta: Kereta Berwarna Pink Adalah Kereta Paling Selamat Di Dunia

Wednesday, March 23, 2011
Satu kajian di Belanda mendapati,


makin popular sesuatu warna kereta makin besar kesempatan kereta itu dicuri. Kajian yang dijalankan oleh University of Tilburg di Belanda mendapati kereta berwarna hitam, biru, perak dan kelabu paling banyak dibeli di Eropah di mana 86% pembeli memilih warna-warna itu. Dan kerana warna-warna itu sangat diminati pembeli, dari segi nisbah kecurian, kereta-kereta bewarna itulah yang paling banyak dicuri.

Kereta yang paling kurang dicuri pula ialah kereta berwarna hijau, kuning, oren, merah, dan pink yang kebetulan cuma dibeli oleh 14% pembeli.

Mengapa pencuri tak meminati kereta bewarna cerah: hijau, kuning, oren, merah dan pink? Ini kerana warna-warna tersebut tak begitu popular di kalangan pembeli kereta, sedang kebanyakan pencuri mau menjual kereta curian mereka kepada pembeli lain. Apa guna mencuri kereta yang sukar dijual?

Dan di antara warna-warna cerah yang tak diminati pencuri itu, pink adalah merupakan warna yang paling selamat kerana hampir tidak ada kes kecurian di Eropah yang melibatkan kereta bewarna pink.

“Pink adalah warna pencegah yang paling sempurna," kata kesimpulan kajian berkenaan.

mashi:Maka denganitu catlah kereta anda dengan colour PINK.....................



No comments: