KANDUNGAN
Air, kurma, madu. Kolagen, tongkat ali, ubi jaga, habbatus sauda, asid sitrik, potassium sorbate.
TONGKAT ALI (Eurycoma Longifolia)
Tongkat ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack adalah sejenis akar yang terdapat di kawasan pedalaman hutan hujan tropika Malaysia. Ia terkenal sebagai sejenis akar yang boleh memulih dan menguatkan tenaga batin lelaki secara semulajadi. Bukan itu sahaja, malah kehebatan minuman herba yang diperkayakan dengan tongkat ali yang asli mempunyai khasiat-khasiat berikut:
- Menguatkan tenaga
- Mengurangkan kelesuan dan keletihan
- Menguatkan ketahanan badan terhadap penyakit
- Meningkatkan aktiviti seksual melalui peningkatan tenaga dan kiraan sperma
- Meningkatkan prestasi mental
- Mengurangkan lemak
- Menguatkan sistem penghadaman.
UBI JAGA (Smilax Myosotiflora)
Kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk meransang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya digunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.
MADU
“Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan.”.
-Petikan ungkapan kata-kata Ibnu Sina-
Kaya dengan zat galian penting seperti kalsium, fosforus, sulfur, karbon, zat besi, natrium, kalium,klorin, magnesium, iodin, kuprum, manganese dan silicon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A,B kompleks, C,D dan E. Madu sangat mudah dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
KOLAGEN
- Memelihara kecantikan kulit
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Membantu memulihkan kekenyalan otot
HABBATUS SAUDA / BIJIRIN HITAM / Black seed (Nigella Sativa)
Habbatus sauda yang tumbuh di Mesir, India dan Negara-negara timur tengah, kaya dengan vitamin, mineral dan serat makanan untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sebagai penawar segala jenis penyakit. Habbatus sauda juga berfungsi untuk meningkatkan sistem penghadaman dan melancarkan sistem pernafasan. Bijirin hitam ini amat baik bagi mereka yang mengalami masalah lelah, mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang penting bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Membantu menambahkan ransangan seksual dan baik bagi membantu penyembuhan penyakit ghout. Amat digalakkan untuk dimakan secara pengambilan supplemen atau makanan tambahan.
KHASIAT ZA’FARAN
Mencerdaskan minda, Penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil,sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema, sakit kepala (migraine), muntah-muntah, penyakit buah pinggan, gila babi (sawan), sukar tidur malam (insomnia), penyakit kanser, lumpuh, bengkak hati atau hepatitis A dan B, membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut, menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan. Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
KHASIAT ASHWAGANDA
Memperbaiki tenaga fizikal, menambah daya tahan sistem dari kesejukan dan jangkitan, menambah keupayaan seksual, merendah kolestrol dan kandungan gula dalam darah, mngurangkan tekanan (stress), kelesuan dan kesukaran untuk tidur (insomnia) dan menguatkan sperma.
KHASIAT MOCA
Membantu berfikir dengan cepat, mencegah gigi dari berlubang, mengurangi sakit kepala (migraine), mengurangkan kesukaran bernafas (asma), mengurangi risiko osteoporosis, Perkinson, meningkatkan kesuburan kaum Adam, mengurangi risiko diabetes.
KHASIAT QHAWWI Kurma Herbal Essence
- Meningkatkan tenaga dalaman dan luaran bagi kaum lelaki.
- Menghilangkan bau badan
- Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual serta memberi impak positif kepada pasangan semasa
hubungan kelamin
- Meningkatkan paras testosterone (hormone yang diperlukan untuk fungsi kelelakian)
- Membantu mengatasi penyakit dalaman dan luaran seperti batuk dan asma
- Bertindak sebagai anti oksida
- Mencerdaskan minda
- Melancarkan peredaran darah
- Membaiki sistem immunisasi dalam badan
- Mengandungi zat yang tinggi seperti potassium, sodium, kalium, Vitamin A dan C.
CARA PENGGUNAAN
Dua sudu besar sekali sehari sebelum sarapan
**Untuk mendapat kesan yang maksimum, anda yang pertama kali menggunakan
produk ini perlu berpantang untuk tidak bersama (mengadakan hubungan
kelamin) selama 3 hari pertama.
Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kurma dapat menguatkan perut, hati, daya ingatan, menyuburkan pertumbuhan badan, menyembuhkan penyakit dan menjadi makanan dan minuman yang mengenyangkan.”
Nombor pendaftaran produk ialah MAL07060573K
Tuesday, April 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment