Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya masitahh@gmail.com


Friday, May 30, 2008

Tazkirah - Sheikh Sazali (sebab doa tidak diterima)

Friday, May 30, 2008
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.

Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":

-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya. Read more!

Wednesday, May 28, 2008

Punca Anak Derhaka

Wednesday, May 28, 2008
Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.

Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan

mereka derhaka kepada kita...

Petikan kata Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah

Read more!

10 Tabiat Rosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam
keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. Read more!

Monday, May 26, 2008

Tahniah Andik

Monday, May 26, 2008






Read more!

Warimatul Urus 24 Mei 2008

Tahniah Buat Haji Ismail (Ex SCM Radibems) yang telah mendapat menantu baru pada 24/5/08 yang lepas. Moga berbahagia selamanya hingga akhir hayat.




Read more!

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".

Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan,
menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki :-

1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan :-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap
polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.


Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini .

wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim Read more!

Thursday, May 22, 2008

Gula dan Bahayanya

Thursday, May 22, 2008
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.
Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak
langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga
adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
>Glukosa
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis
yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

"Kita adalah apa yang kita makan". Read more!

Wednesday, May 21, 2008

Untungnya Kalau Faham Lelaki

Wednesday, May 21, 2008
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan – lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki? Read more!

Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni

Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni

Pada sambutan hari Ibu yang lepas, 11 Mei 2008 saya telah menghadiri satu Seminar Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni di Masjid Wilayah Persekutuan anjuran Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. Dari itu saya ingin berkongsi maklumat yang berfaedah dengan anda semua. Sebelum ini saya hanya mendengar ceramah Dato` Dr. Hj. Fadzilah Kamsah melaui radio dan tv sehaja, tapi kali ini saya berpeluang mendengar ceramah beliau secara lansung. Walau pun berjam-jam beliau berbicara, sedikit pun tiada rasa cemu mendengarnya. Malah tak terasa masa berlalu.

Siri 1: Keperibadian SebenarWanita Sejati

Kenali diri dan orang tersayang
``Barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, sebenarnta tidak tahu bersyukur kepada Tuhan’’ (H.R. Tirmidzi)

Kriteria orang bersyukur adalah;
1. Berterima kasih sesama manusia
2. Elak buat maksiat
3. Membantu orang lain
4. Selalu ingat mati dan bersedia untuk mati
5. Buat apa pun, pastikan yang terbaik

Isteri yang baik adalah yang;
1. menjaga solat
2. menjaga Ramahdan (amalan bulan Ramadhan)
3. mendapat redha suami
Dengan itu isteri-isteri ini boleh masuk syurga dari mana-mana pintu syurga.

Amalan sebelum tidur;
1. bemaaf-maafan suami isteri
2. memaafkan orang lain
3. membaca Al-Fatiahah dan & surah 3 kul
4. tidur mengiring ke kanan.

Niatlah untuk jadi yang terbaik, lapangkan dada, bersihkan hati, bertindak dan berubahlah sekarang.

Jadikanlah hari ini adalah hari yang piling istimewa, kerana esok belum pasti lagi. Read more!

Tuesday, May 20, 2008

Meyingkap Keajaiban Madu Lebah

Tuesday, May 20, 2008
Menyingkap Keajaiban Madu Lebah

Para pakar kesihatan dan perubatan merumuskan beberapa manfaat madu lebah, antaranya ialah:

Mudah dicerna
Disebabkan molekul gula pada madu dapat berubah menjadi gula lain (fruktosa menjadi glukosa) madu mudah dicerna oleh perut. Madu dapat membantu pencernaan ginjal dan usus agar berfungsi dengan baik.

Rendah kalori
Jika dibandingkan dengan jumlah gula yang biasa kita ambil, kandungan kalori madu 40% lebih rendah. Walaupun memberi energi yang besar, madu tidak menambahkan berat badan. Berdifusi lebih cepat melalui darah. Jika madu dicampurkan dengan air suam, madu dapat berdifusi dalam darah. Molekul gula yang terdapat dalam madu berfungsi untuk mencergaskan otak kerana otak merupakan pengguna gula terbesar.

Membantu pembentukan darah
Madu banyak menyediakan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan darah, atau lebih dikenali sebagai membantu membersihkan darah. Madu mempunyai pengaruh positif dalam mengatur dan membantu peredaran darah. Madu juga berfungsi sebagai pelindung terhadap masalah pembuluh kapiler (darah) dan arerioskleorosis.

Membunuh bakteria
Sifat madu yang membunuh bakteria disebut `efek inhibisi`. Penyelidikan tentang madu menunjukkan bahawa sifat ini akan meningkat dua kali ganda jika dicampurkan dengan air.

Royal Jelly
Royal jelly adalah antara yang dikeluarkan lebah pekerja di dalam sarang. Bahan yang mempunyai pelbagai khasiat ini mengandungi gula, protein, lemak dan berbagai vitamin. Royal jelly sesuia dimakan oleh mereka yang kekurangan zat makanan dalam tubuh. Jelaslah bahawa madu yang dikeluarkan jauh melebihi jumlah keperluan lebah, kerana ia dibuat untuk kepentingan manusia. Semua itu adalah kekuasaan dari Allah SWT yang menguasai dan mencipta alam semesta.

Firmam Allah SWT dalam al-Quran `Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang diperbuat oleh manusia`, kemudian makanlah dari hari-hari (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang dapat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan,` (Surah An-Nahl:ayat 68-69)

Petikan majalah i Read more!

Friday, May 9, 2008

CUKUR JAMBUL ANAK AMALAN BIDA`AH

Friday, May 9, 2008
Di petik dari satu majalah.......



Read more!

Wednesday, May 7, 2008

TESTIMONIAL PRODUCT HIRAQ

Wednesday, May 7, 2008
TESTIMONIAL TERBARU

1. Kesihatan saya terganggu dan berat badan saya turun secara mendadak daripada 80kg ke 61kg dalam masa sebulan. Tidak berdaya untuk bangun dan muntah setiap kali cuba makan. Allahmdulilah selepas mengambil Hiraq jeli gamat sebanyak 2 botol, kesihatan saya kembali pulih dan kini mampu bersolat secara normal.


En Kamaruzaman Sharif
- Sega, Raub, Pahang.

2. Saya selalu mengalami keguguran kerana ada ketumbuhan didalam rahim dan sepatutnya dibedah. Alhamdulillah selepas mengamalkan Hiraq Karmila, masalah ketumbuhan tiada lagi dan sekarang saya sedang hamil 7 bulan

Puan Zurina
- Pasir Puteh, Kelantan.


3. Pelbagai produk telah saya cuba. Berkat usaha yang tidak putus-putus akhirnya kini saya hamil setelah 6 tahun berumahtangga. Syukur kehadrat Ilahi kerana menemukan saya dengan Hiraq Karmila.

Puan Hasmani,
- Pasir Puteh, Kelantan.

4. Alhamdullilah, setelah memberi anak saya Hiraq jeli gamat secara konsisten, yang mempunyai masalah gatal-gatal kulit dan selsema anak saya kini telah hampir pulih sepenuhnya.

Puan Jamiah Mander
- Sabah

TESTIMONIAL 1

Tanggal sept 1995, saya telah mengalami kemalangan yang tidak terduga yang mana telah menyebabkan kaki kanan saya patah. Pembedahan demi pembedahan dilakukan sehingga terpaksa dibuang tulang pinggul dan setiapkali pembedahan, masa yang diambil oleh saya untuk memulakan kembali langkah kaki ini ialah dalam 4-6 bulan.

Sekali lagi pada 03/06/07 saya melakukan pembedahan memasukkan kembali tulang pinggul dan membaik pulih lutut kiri di USM Kubang Kerian. Tetapi kali ini saya disaran oleh anak saya supaya mengambil JELLY GAMAT HIRAQ. Alhamdulillah dengan izin ALLAH dan amat menakjubkan sekali dalam masa 1 bulan saya sudah boleh bergerak dan berjalan. Begitu cepat proses penyembuhan luka dalaman dan membaik pulih otot-otot yang terkoyak akibat pembedahan tersebut. Tidak seperti pembedahan-pembedahan sebelum ini. Hatta saya diberitahu doktor sebelum pembedahan itu, tempoh paling awal pun ialah 3 bulan untuk saya bergerak dan berjalan. Tetapi GAMAT HIRAQ telah banyak membantu saya.

Begitu juga perubahan pada kulit saya kesan melecur dan terkena api pada tahun 1999. Hampir 1/3 kulit tubuh saya melecur terkena api dan parut2 tersebut semakin hilang setelah 5 bulan mengambil produk HIRAQ. Sendi2 yang biasa sengal2 juga hilang. Kesegaran tubuh semakin meningkat sehinggakan pada Ramadhan yang lalu, saya
berulang alik ke pondok saya di Selinsing dengan memandu sendiri untuk berbuka puasa dan solat terawih bersama jemaah disana yang mana saya menjadi imamnya. Inilah hasil mengamalkan produk kesihatan keluaran HIRAQ.

Syukur juga saya panjatkan pada ILLAHI kerana menganugerahkan tahap kesihtan yang tinggi. Saya tidak meghidapi penyakit berisiko(lemah jantung,kencing manis,darah tinggi dsb). Tetapi atas dasar pepatah pujangga arab yang mengatakan "MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT", saya menjadi pelanggan tetap produk kesihatan keluaran HIRAQ yang mengutamakan tamar,madu dan habbatussauda' sebagai bahan utama. Sesuai dengan apa yang termaktub dalam AL-QURAN dan HADIS yang bahan2 tersebut ubat pada segala penyakit dan kita sebagai muslim sejati hendaklah mengutamakan apa yang disaran oleh AL-QURAN dan junjungan besar kita sebagai pelindung dan megekalkan kesihatan kita.

Tanpa kesihatan kita tidak dapat melakukan apa2 termasuk beribadah dengan sempurna. Janganlah kita menunggu penyakit datang barulah kita hendak mencari penawar. Kita tidak akan menghargai kesihatan sehinggalah kita merasa sakit tetapi amat malang sekali jika
waktu itu barulah kita memikirkan untuk menjaga kesihatan kita.

Demikianlah serba ringkas yang boleh saya ceritakan mengenai kelebihan produk HIRAQ dan sebagai nasihat dari saya sesama muslim ke arah kebaikan.


Datuk Hj Ahmad Shahir bin Hj Daud : 72 tahun
Bekas Imam Besar Masjid Negara & Mufti Istana Negara

TESTIMONIAL 3

Saya Hajah Fatimah dari Kota Bahru mengalami sakit sendi, darah tinggi dan sakit pangkal jantung (cucuk menyucuk) dan apabila saya diperkenalkan Hiraq Jeli Gamat, saya menggunakan selama sebulan setengah, Alhamdulillah sakit sendi saya dah berkurangan dan boleh berjalan, darah tinggi saya dah turun (check dengan Doktor), menyucuk di pangkal jantung pun dah hilang. Selepas itu saya bagi kepada anak saya untuk mencuba yang mengalami stroke ringan (tangan terketar-ketar tak mampu angkat barang), Alhamdulillah anak saya dah kembali bekerja di TNB Terengganu. Terima kasih kepada Hiraq dan saya bersyukur pada Allah kerana selepas menggunakannya nampak berkesan


Hjh Fatimah bt Hj Said
- Kg. Selising : 09 - 789 3079

TESTIMONIAL 4

Saya Azizah dari Kota Bahru, Alhamdulillah ada perubahan dari segi urat saraf, rasa lebih bertenaga dan sihat. Bersyukur pada Allah S.W.T dan terima kasih kepada produk-produk Hiraq yang telah saya ambil.

Saya bersyukur pada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada produk Hiraq kerana setelah memberi anak saya mencuba Hiraq Jeli Gamat ia nampak berkesan. Anak saya mengalami masalah alahan terutamanya di bahagian muka (kemerah-merahan), Alhamdulillah setelah mencuba Hiraq Jeli Gamat ia beransur hilang.

( Pn Latifah, Kota Bharu : 016 - 286 1554 ) Read more!

Tuesday, May 6, 2008

Bertindak Sebelum Terlewat

Tuesday, May 6, 2008
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT..
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Mas a tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat....?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.

Marilah kita bersama berusaha menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar! ) Read more!

Tanda-tanda Masalah Mental

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur....... ......... ......... .........


Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala...... ......... ......... .......


Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..... ......... ......... .....


Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan. ......... ......... ......... .


Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat....... ......... ......... ......... ......... .


Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat... ......... ......... .......


Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit...... ......... ......... ......... ......... .


Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan. ......... ......... ......... ......... ....


Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda........ ......... ......... ......... ......... ......


Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung... ......... ......... ......... .......


Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat...... .........


Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit.... ......... ......... .........

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing....... ......... ......... ......... ......... ......... .


Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas....... ......... ...


Kelimabelas dan akhir:

ANDA SENTIASA MERASA...... .. KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH....... ......... ......... .HE...HE. ....HE... ..
Read more!

Monday, May 5, 2008

Muffin cicak jenama high 5

Monday, May 5, 2008
apa yang anda lihat ini bukan fantasi tapi realiti. seringkali kita mendegar
keraguan tahap kebersihan roti high 5. kini, satu lagi bukti mampu
meyakinkan kita betapa pengeluar roti ini tidak peka dengan aspek
kebersihan.




terjadi di Stsesen Petronas Bandar Muadzam Shah, Pahang. seorang pelanggan
telah membeli mini muffin jenama high 5 pada 24 April 2008. beliau terkejut
apabila menjumpai seekor cicak yang hampir hangus di atas muffin coklat
tersebut. bayangkan jika tak perasan terus ke mulut. ianya terjadi kepada
seorang pakcik. apalah yang dia tahu untuk buat aduan. sekadar memulangkan kepada pihak kami.

oleh yang demikian, pihak kami berasa terpanggil untuk berkongsi cerita ini
kepada semua. keburukan perlu didedahkan agar tiada lagi menjadi mangsa. Read more!

PERINGATKANLAH ISTRI/KEKASIH DAN ANAK GADIS ANDA

Hai para wanita, air dalam botol plastik di mobil Anda, sangatlah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanker payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanker payudara, terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanker payudara baru-baru ini. Dokter berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam mobil.

Dokter berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanker payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam mobil, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai istri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua. Read more!

BASIRAH - Melihat Dengan Mata Hati


"Rezeki dicari, Sunnah dituruti..Perkasa Ekonomi ummah ! Semoga Berjaya!..
- Dato` Dr. Ma`amor Osman - Setiausaha Agong Persatuan Islam Malaysia


"Kebahagiaan Rumahtangga adalah gabungan antara kecantikan luaran dan dalaman..Semoga HIRAQ QHAWWI dan HIRAQ KARMILA menjadi penambah kebahagiaan rumahtangga anda" - Uatazah Siti Norbayah Mohamod - Pendakwah & Perunding Motivasi


" Kesihatan yang hakiki melibatkan sihat fizikal, mental, emosi dan rohani. Bahan makanan dan makanan tambahan yang berteraskan sunnah Nabi Muhammad s.a.w akan dapat membantu menjana kesihatan yang sempurna, akhlak yang mulia dan prestasi yang cemerlang" - Dato` Dr Hj. Mohd Fadzillah Kamsar - Pakar Motivasi


"Kecantikan yang sebenar dan hakiki bermula dari kecantikan dalaman, HIRAQ memahami hkikat ini" - Ustaz Wan Akashah W. Abd Hamid - Pendakwah & Perunding Motivasi









Read more!