Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni
Pada sambutan hari Ibu yang lepas, 11 Mei 2008 saya telah menghadiri satu Seminar Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni di Masjid Wilayah Persekutuan anjuran Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. Dari itu saya ingin berkongsi maklumat yang berfaedah dengan anda semua. Sebelum ini saya hanya mendengar ceramah Dato` Dr. Hj. Fadzilah Kamsah melaui radio dan tv sehaja, tapi kali ini saya berpeluang mendengar ceramah beliau secara lansung. Walau pun berjam-jam beliau berbicara, sedikit pun tiada rasa cemu mendengarnya. Malah tak terasa masa berlalu.
Siri 1: Keperibadian SebenarWanita Sejati
Kenali diri dan orang tersayang
``Barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, sebenarnta tidak tahu bersyukur kepada Tuhan’’ (H.R. Tirmidzi)
Kriteria orang bersyukur adalah;
1. Berterima kasih sesama manusia
2. Elak buat maksiat
3. Membantu orang lain
4. Selalu ingat mati dan bersedia untuk mati
5. Buat apa pun, pastikan yang terbaik
Isteri yang baik adalah yang;
1. menjaga solat
2. menjaga Ramahdan (amalan bulan Ramadhan)
3. mendapat redha suami
Dengan itu isteri-isteri ini boleh masuk syurga dari mana-mana pintu syurga.
Amalan sebelum tidur;
1. bemaaf-maafan suami isteri
2. memaafkan orang lain
3. membaca Al-Fatiahah dan & surah 3 kul
4. tidur mengiring ke kanan.
Niatlah untuk jadi yang terbaik, lapangkan dada, bersihkan hati, bertindak dan berubahlah sekarang.
Jadikanlah hari ini adalah hari yang piling istimewa, kerana esok belum pasti lagi.
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment