Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu pemakanan kita.
Fiber banyak didapati daripada dinding sel tumbuh-tumbuhan di mana apabila ia dimakan ia tidak diserap oleh usus dan berlalu melalui usus kecil ke usus besar sebelum keluar menjadi ketulan. Jangka masa yang sesuai ketulan keluar setelah makanan dimakan adalah antara 12 ke 18 jam dan melebihi jangka masa ini meningkatkan risiko kanser usus besar (colon cancer).
Terdapat dua jenis fiber iaitu yang tidak diserap dan yang diserap oleh badan. Fiber yang tidak diserap oleh badan, menyerap air dan ini menyebabkan ia mengembang dalam perut kita. Ia menjadikan kita merasa kenyang. Fiber yang diserap pula membantu dalam menurunkan kadar kelestrol dalam darah.
Fiber yang tidak diserap boleh didapati daripada kekacang dan biji-bijiran (cereal) seperti kacang soya, kacang hijau, pea dan almond. Manakala fiber yang diserap adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita memerlukan 5 ke 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan pelbagaikan jenis hidangan.
Mengapa fiber Daripada buah-buahan dan sayur-sayuran?
Memudahkan perjalanan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko kanser usus besar. Ketulan lebih mudah dikeluarkan dan pada jangka masa yang sesuai.
Ia membuat perut cepat kenyang dan ini mengurangkan kadar pengambilan makanan yang berlemak. Selain itu fiber yang diserapkan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan satu perkara yang penting dalam mengurang risiko sakit jantung.
Bagi mereka yang menghadapi buasir, fiber membantu melembutkan ketulan yang keluar dan membantu dalam proses penyembuhan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan sebagai sumber fiber adalah rendah lemak dan kalori.
Buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang utama. Vitamin C yang tidak disimpan dalam badan dan mudah musnah jika dimasak penting dalam kesihatan sistem pertahanan badan. Adalah baik memngambil vitamin C daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan dan pelbagaikan.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja menjadi sumber fiber malah ia adalah langkah yang baik dalam meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Kajian telah mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran 5 ke 9 hidangan sehari mampu meningkat taraf kesihatan malah ia sepatutnya menjadi asas utama menu pemakanan.
buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, zat galian, fiber dan "pythochemicals" yang menjadi asas kepada sistem pertahanan badan kita. Oleh buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis jenis II dan kanser tertentu.
"Pythochemicals" biasanya berkait dengan warna-warna buah-buahan dan sayur-sayuran. Malah kandungan "phytochemical" dalam buah-buahan dan sayur-sayuran membantu dan saling melengkapkan antara satu sama lain dalam proses pertahanan badan.
Jumlah hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah diantara 5 ke 9 hidangan sehari. Satu hidangan adalah diukurkan berdasarkan besar telapak tangan kita. Ia nampak lebih sedikit daripada apa yang disangkakan jadi mengapa tidak mencuba. Setiap hidangan boleh dilakukan di waktu sarapan, rehat pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam.
Supaya tidak jemu pelbagaikan jenis hidangan dan ini memang digalakkan. Rujukan di sini dapat membantu dalam membuat penilaian jumlah pengambilan. Sebagai contoh :-
• Satu potongan betik
• Satu potongan jambu
• Dua biji limau manis
• Dua potongan nenas
• Satu mangkuk sayur mentah
• Dua biji tomato
• Sebiji oren
• Pisang kecil
• Epal saiz sederhana
Sukatan adalah pelbagai namun penggunaan telapak tangan sebagai ukuran akan memudahkan membuat andaian.
Untuk kesihatan yang lebih baik maka makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Kandungan fiber, vitamin, zat galian membantu dalam mencegah dan menentang pelbagai penyakit moden.
Sebagai makanan tambahan saya syorkan kalian mengambil dua sudu makanan kesihatan Hiraq jelly gamat yang mana kandungannya ada fiber, kalogen dan aloevera berperisa strawberi. Untuk maklumat lanjut tentang Hiraq Jelly gamat boleh rujuk folder kat sebelah, Produk Kesihatan Hiraq Marketing & Trading.
Selamat mencuba.
Monday, July 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment