Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya masitahh@gmail.com


Thursday, February 25, 2010

Bukti Arkeologi Membuktikan Tamaddun Manusia Disebabkan Oleh Agama

Thursday, February 25, 2010
Seorang ahli arkeologi bernama Professor Schmidt sedang menggali satu situs arkeologiu yang berbentuk sebuah “kuil”. Tempat itu adalah di Turki dan dipanggil dengan nama “Göbekli Tepe”.

Yang memeningkan kepala ahli-ahli arkeologi sedunia dengan penemuan ini adalah ia menghancurkan kesemua teori berkaitan tamaddun.


Teori Barat menyatakan bahawa tamaddun manusia bermula dengan manusia belajar bertani dan kemudiannya berdagang seterusnya membina bandar dan kota dan akhir sekali baru mencipta agama.

Penemuan “Göbekli Tepe” menghancurkan teori ini sama sekali. Malahan, ia menunjukkan bahawa sebelum manusia belajar bertani, mereka terlebih dahulu “mengamalkan agama”. Kuil ini dibina sebelum wujudnya kerajaan atau manusia pertama lagi. Dan kuil ini dibina kira2 11 ribua tahun sebelum wujudnya tamaddun manusia yang pertama dalam sejarah (Tamaddun Sumeria).

Ini menunjukkan sebelum manusia membina tamaddun, mereka terlebih dahulu membina tempat beribadat. Dari tempat ibadat ini, baru mereka belajar bertani, berdagang dan akhirnya membina kota disekeliling tempat ibadah mereka.

Prof Schimdt berkata ada tanda-tanda menunjukkan bahawa manusia pada zaman itu hidup secara nomad tetapi berkumpul di tapak “Göbekli Tepe” untuk beribadah. Setelah lama beribadah, maka mereka mula membina “tempat ibadah” seperti yang dijumpai itu. Maka, tempat ibadah itulah kemudiannya yang telah menyebabkan manusia berhenti hidup secara nomad dan akhirnya membawa kepada kehidupan bertamaddun.

Dengan kata lain, tempat ibadah inilah yang menjana tamaddun manusia, bukan sebaliknya. Ini selari dengan apa yang kita belajar dalam Al Quran dan Hadeeth bahawa Nabi Adam AS setelah dihantar ke Bumi mengembangkan generasi manusia dengan mengajar mereka agama terlebih dahulu, bukan tamaddun.

Nabi Adam yang pernah duduk di Syurga masakan tidak mengetahui ilmu-ilmu berkaitan pembinaan kota dan tamaddun. Namun, yang diajar oleh Nabi Adam kepada generasi manusia selepas beliau adalah agama semata-mata.

Maka, sekarang terbukti agamalah sebabnya manusia menjadi bertamaddun dan bukan sebaliknya.

Penemuan arkeologi “Göbekli Tepe” membuktikan apa yang kita belajar selama ini berkenaan dengan kisah Nabi Adam AS.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

No comments: