Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya masitahh@gmail.com


Tuesday, December 29, 2009

Propaganda Masjidil Aqsa

Tuesday, December 29, 2009





Melihat pada gambar di bawah sekali, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid tersebut adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan golongan 'Bintang Enam'. Dalam keadaan yang demikian, pihak mereka telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di atasnya, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam

Agenda mereka menghapuskan Masjidil Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan golongan 'Bintang Enam' tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan mereka. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa mereka di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka mereka akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini mereka telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai
Read more!

Sunday, December 13, 2009

Sunday, December 13, 2009


Rumah ape ni!
Read more!

Agungnya AnugerahMu



Tuhan ku
dalam sendu ku mengadapMu
tertumpah resah dan keliru
tatkala hatiku
Kau uji dengan duka nestapa..

mampukah aku bertahan
mengempang airmata kedukaan
setelah ku sedar
aku sekadar insan

aku berpaling padaMu Ya Rabbi
redha dengan suratanMu Ilahi
mengharap belas kasihanMu
tabahkanlah hati ku
menanggung anugerah Mu

terpandang kedipan bintang
tenang jiwa ku rasakan
agung ciptaanMu
begitu luas terbentang alam..

Ku sedar kebesaran Mu tuhan
ku langkahkan kaki kehadapan
tak inginku toleh kegagalan
lantas kesilapan ingin ku perbetulkan

Pada Mu Ya Allah
aku berserah
Ampunkan kealpaan ku pada akhirat Mu
pulangkan aku pada Zat Mu
nikmatkan aku dalam kehidupanku.
Read more!

Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi

Friday, August 21, 2009
Read more!

Tuesday, July 21, 2009

Syukur Alhamdullihlah

Tuesday, July 21, 2009
Alhamdullillah anak-anak kita boleh menonton cerita Wonderpet sambil menyanyi.............













Read more!

Monday, July 13, 2009

M&M di Dubai

Monday, July 13, 2009
Anak=anak kalau pergi mesti tak makan nasi, asyik makan benda nie aje.....















Read more!

Coklat

Subhanallah sedap nya................






Read more!

DOA ketika terjadi penyakit menular



Read more!

if the world without ENGINEERS

Aeronautical Engineers



Electronics Engineers


Mechanical Engineers


Civil Engineers


Communication Engineers


Computer Engineers



Read more!

The Bridge---interesting thought!

Dasyat, sifat penyayang memang kena ada pada setiap umat.............







Read more!